Kuala Lumpur: Seramai 1,787 mangsa banjir daripada 480 keluarga di tiga negeri, masih ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 5 petang ini.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga negeri yang terjejas itu ialah Selangor, Perak dan Sarawak.

Selangor merekodkan jumlah tertinggi membabitkan seramai 1,531 mangsa daripada 410 keluarga yang berlindung di lapan PPS di daerah Kuala Selangor.

Sementara itu, di Perak, 220 mangsa daripada 64 keluarga ditempatkan di dua PPS di daerah Hilir Perak.