Nibong Tebal: Seramai 95 mangsa daripada 26 keluarga dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka di Sungai Jawi, di sini, dinaiki air akibat hujan lebat berterusan, malam tadi.
Mereka termasuk 71 mangsa daripada 23 keluarga dari sekitar Jalan Sekolah dan 24 mangsa daripada tiga keluarga dari Kampung Sethu.
Semua mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Sungai Kecil, Kampung Sungai Kecil di sini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.15 malam.










