Jeli: Seorang lelaki yang positif Methamphetamine selain memiliki 13 rekod jenayah ditahan ketika memandu kereta klon di Kampung Bukit Lakota, dekat sini, jam 12 tengah hari, semalam.
Ketua Polis Daerah Jeli Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, suspek berusia 27 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah.
"Pemeriksaan terhadap Honda Integra dipandu suspek mendapati, nombor casis dan enjin tiada dalam rekod pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan nombor pendaftaran pula disyaki palsu.
"Suspek ditahan manakala kereta itu pula diserah kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Jeli untuk tindakan lanjut," katanya.








