PENGUNDI Melaka sudah bersuara dan suaranya lantang. Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelmarin, gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menguasai 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
BN memenangi 21 kerusi dan PN tiga kerusi, jauh melepasi 19 kerusi diperlukan untuk majoriti dua pertiga. Pakatan Harapan (PH) pula hanya mampu mempertahankan empat kerusi.
Daripada 79 calon bertanding, 26 orang hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada jumlah undi dikira. Namun, angka itu sahaja tidak menceritakan keseluruhan kisah.
Di sebalik keputusan rasmi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tersirat beberapa pengajaran penting, khususnya kepada PH sebagai teras kerajaan Persekutuan.









