MESKIPUN ada pihak cuba mempertikai isu semasa tertentu, kuasa pengimbang kesejahteraan rakyat termasuk perjalanan sihat politik tanah air tetap ada pada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Agong, sultan masing-masing atau pada Majlis Raja-Raja berfungsi di bawah Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan.
Di semua negeri di Semenanjung, hanya orang Melayu boleh dilantik sebagai Menteri Besar tetapi hal sama tidak wujud di Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Perkara 43(2) syarat pelantikan seseorang Perdana Menteri hanyalah jika pada pendapat Yang di-Pertuan Agong seseorang itu mendapat sokongan ramai Dewan Rakyat.









