ADA dua peristiwa berbeza yang penting dan signifikan berlaku dalam negara kelmarin, menggambarkan dinamika politik serta urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Pertama, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) memperoleh 21 kerusi, Perikatan Nasional (PN) menang tiga kerusi dan Pakatan Harapan (PH) empat kerusi.
Gabungan BN dan PN menguasai 24 daripada 28 kerusi, sekali gus melepasi majoriti dua pertiga bagi membentuk kerajaan negeri. Keputusan ini bukan sekadar kemenangan parti, tetapi amanah besar daripada rakyat.
Mandat diberikan perlu diterjemahkan gabungan parti membentuk kerajaan untuk menunaikan janji manifesto pilihan raya menerusi prestasi pentadbiran, pembangunan ekonomi dan menjamin kesejahteraan rakyat.









