Oleh: Jong Chian Lai @ adalah penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara 2006 dan Sasterawan Sarawak keempat.
------------------------------------------------------------------------------------
Kamu tidak pernah lihat air Sungai Dosa ini mengalir. Ia cuma takungan minyak hitam yang melekit. Bayang-bayang pepohonan mati memantulkan dahannya di situ menyerupai jemari membengkok. Aku menghabiskan sisa usia di tebing ini. Bangku kayu buruk itu sudah muntah menghidu kentut aku ketika duduk sambil memegang joran buluh kuning yang kubuat sendiri. Orang kampung menyangka aku hanya lelaki tua nyanyuk yang berjanggut memutih panjang membazir masa mengail angin.
'Langsung aku jual dosa itu kepada tauke Wei Seng. Bayarannya umpan saja. Maka aku...pilih duit mingbi,' Orang kampung hanya ketawa kerana pekerjaan aku bagaikan si tikus menjahit jala.









