PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet menggesa supaya kerja ukur dan penandaan semula sempadan bersama Thailand disambung semula ketika Sidang Kemuncak Francophonie Ke-20 yang berlangsung di Phnom Penh.
Sidang kemuncak selama dua hari yang dipengerusikan oleh Raja Kemboja, Norodom Sihamoni itu menghimpunkan pemimpin dan wakil kira-kira 20 negara termasuk Presiden Perancis, Emmanuel Macron bagi membincangkan isu politik serta kerjasama
Menurut laporan akhbar Phnom Penh, Manet berkata, sempadan antara Kemboja dan Thailand sudah ditetapkan lebih seabad lalu dan perlu dihormati mengikut undang-undang antarabangsa.
Kemboja dan Thailand mengalami dua pusingan pertempuran sempadan berdarah tahun lalu sebelum kedua-dua negara Asia Tenggara itu bersetuju melaksanakan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 27 Disember.








