Nibong Tebal: Sebanyak 23 keluarga dipindahkan selepas banjir melanda beberapa kampung di Sungai Kechil, di sini, malam tadi.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, beliau segera meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Kechil sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu bagi menilai sendiri situasi semasa.

Beliau berkata, antara kawasan yang terjejas ialah Sungai Duri, Kampung Sethu, Kampung Besar, Kampung Sungai Buaya, Sungai Kechil dan Jawi.

"Saya sudah menghubungi semua agensi berkaitan untuk mengambil tindakan segera bagi memastikan proses pemindahan berjalan lancar, keperluan asas mencukupi serta kebajikan setiap keluarga diberi perhatian penuh," katanya menerusi hantaran di Facebook, malam tadi.