KUALA LUMPUR: Malaysia sedang memuktamadkan Perjanjian Negara Tuan Rumah bagi merealisasikan penubuhan pejabat Bank Pembangunan Asia (ADB) di Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemajuan usaha terbabit disambut baik dan menjadi antara perkara dibincangkan pada pertemuan beliau bersama Presiden ADB, Masato Kanda, selepas selesai hari pertama Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 di Manila, semalam.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, perkembangan ekonomi serantau serta peluang memperluaskan kerjasama pembangunan dan pelaburan turut disentuh pada pertemuan berkenaan.

"Saya menyambut baik kemajuan usaha penubuhan pejabat ADB di Malaysia, termasuk proses memuktamadkan Host Country Agreement (Perjanjian Negara Tuan Rumah).