NIBONG TEBAL: Sebanyak 23 keluarga dipindahkan selepas banjir melanda beberapa kampung di Sungai Kechil, di sini, malam tadi.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata beliau segera meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Kechil bagi menilai sendiri situasi semasa sebaik saja menerima maklumat mengenai kejadian itu.

Beliau berkata, antara kawasan terjejas ialah Sungai Duri, Kampung Sethu, Kampung Besar, Kampung Sungai Buaya, Sungai Kechil dan Jawi.

"Saya sudah menghubungi semua agensi berkaitan supaya mengambil tindakan segera bagi memastikan proses pemindahan berjalan lancar, keperluan asas mencukupi, serta kebajikan setiap keluarga diberikan perhatian penuh," katanya dalam satu hantaran melalui Facebook, malam tadi.