Kuala Lumpur: Perancis mahu mempelbagaikan sumber bekalan unsur nadir bumi menerusi kerjasama dengan Malaysia bagi mengurangkan risiko gangguan rantaian bekalan yang boleh menjejaskan operasi kilang dan pelaburan negara itu.
Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata, usaha itu menjadi antara tumpuan lawatan rasmi beliau ke Malaysia, yang turut bertujuan memperkukuh perkongsian ekonomi serta melindungi pekerjaan dan industri Perancis.
Menerusi hantaran di platform X beliau berkata, unsur nadir bumi penting bagi pembuatan magnet yang digunakan dalam motor elektrik tertentu dan peranti elektronik.
"Bagi kilang-kilang kami, mempunyai pelbagai sumber bekalan bermakna mengurangkan risiko penutupan barisan pengeluaran akibat kekurangan komponen.








