Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Asean perlu kukuhkan keupayaan pengeluaran serantau bagi kurangkan kebergantungan pada pembekal luar susulan ketidaktentuan global yang semakin meningkat.MANILA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa negara anggota Asean mempelbagaikan sumber makanan dan ubat-ubatan, selain memperkukuh keupayaan pengeluaran serantau bagi mengurangkan kebergantungan pada pembekal luar susulan ketidaktentuan global yang semakin meningkat.
Beliau berkata gangguan global sejak kebelakangan ini mendedahkan risiko kebergantungan pada jumlah pembekal yang terhad bagi barangan keperluan, sekali gus memperlihatkan keperluan untuk meningkatkan kerjasama serantau bagi menjamin rantaian bekalan.








