Bekas perdana menteri yang juga pengasas Pejuang Dr Mahathir Mohamad berkata pihak yang dahulunya tidak sabar keluar kerajaan akibat alahan melampau kini kelihatan menjurus kembali kepada parti-parti tersebut.SHAH ALAM: Pejuang akhirnya mendapat pembuktian selepas enam tahun berdepan pencapaian sukar, apabila musuh politik terdahulu kini mengalami kitaran nasib sama, kata Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri yang juga pengasas parti itu berkata, tindakan pihak tertentu yang tergesa-gesa keluar kerajaan mahupun memecat kepimpinan Pejuang dahulu, kini turut mengalami pemecatan dan terpaksa menubuhkan parti baharu.

"Kitaran atau pusingan itu kelihatannya hampir lengkap," katanya menerusi teks ucapan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Pejuang yang dibaca ketua penerangan Rafique Rashid Ali.