KUALA LUMPUR: Dua gelaran dalam tempoh singkat belum cukup untuk membuatkan Aaron Tai-Yap Roy King berasa selesa apabila gandingan muda negara itu mengakui masih banyak perkara perlu dipelajari bagi terus berkembang sebagai beregu lelaki.
Roy King berkata, mereka tidak mahu terlalu cepat berpuas hati dengan kejayaan muncul juara Masters Kumamoto, sebaliknya memilih untuk memperbaiki kelemahan secara berperingkat menerusi setiap kejohanan.
"Saya rasa masih banyak perkara yang perlu kami pelajari. Kami mahu melakukannya perlahan-lahan, langkah demi langkah," katanya ketika ditemubual selepas kejayaan menjuarai kejohanan berkenaan di Jepun.
Kejayaan di Kumamoto itu menyaksikan Aaron-Roy King meraih gelaran kedua sejak digandingkan, selepas terlebih dahulu muncul juara Terbuka Artik bulan lalu.









