LONDON: Pihak Berkuasa Perlindungan Data Itali mengenakan denda €805 juta (kira-kira RM3.6 bilion) terhadap Meta kerana mengakses foto, video serta metadata berkaitan yang disimpan dalam peranti Android pengguna di Itali, tanpa mendapatkan persetujuan khusus dan termaklum, lapor Anadolu Ajansi.

Pihak berkuasa itu mengesahkan pelanggaran berkenaan membabitkan ciri Facebook, 'Get suggestions from gallery when browsing Facebook' yang diperkenalkan pada 2023 bagi mencadangkan foto serta video yang disimpan dalam telefon pintar pengguna untuk dikongsikan di platform itu.

Hasil siasatan mendapati Facebook meminta satu kebenaran tunggal merangkumi pelbagai fungsi, didahului dengan amaran umum yang didakwa gagal memaklumkan pengguna dengan jelas bahawa galeri foto mereka juga boleh diakses.