Kota Kinabalu: Jenama fesyen tempatan, Bayu Somerset menyasarkan peluasan rangkaian kepada 32 cawangan menjelang akhir tahun ini, susulan pembukaan butik terbaharunya di pusat beli-belah Imago, di sini.
Pembukaan butik ke-26 itu menandakan peluasan operasi jenama berkenaan ke Kota Kinabalu, sekali gus memperkukuh kehadirannya dalam pasaran Borneo.
Ketua Pemasaran Bayu Somerset, Dania Kamalul berkata, Sabah adalah antara pasaran yang menunjukkan sambutan menggalakkan terhadap jenama itu, khususnya menerusi platform jualan dalam talian.
Katanya, pembukaan butik fizikal di Imago membolehkan syarikat mendekati pelanggan di Sabah dengan menawarkan pengalaman membeli-belah secara lebih dekat, termasuk peluang melihat kualiti fabrik dan mencuba sendiri koleksi pakaian.









