Kuala Lumpur: Pelakon baharu yang membintangi filem BAGA: Esok Untuk Siapa, Idham Maulana mahu membina nama sendiri dalam industri seni tanpa menjadikan bapanya Sulaiman Yassin, 74, sebagai batu loncatan.

Idham tampil mengakui dia adalah anak kandung kepada pelawak dan pelakon era 1980-an dan 1990-an yang lebih dikenali sebagai Mat Over menerusi hantaran dimuat naik di Threads, semalam.

Perkongsian berkenaan secara tidak langsung menjadi kejutan pada kalangan peminat serta pengikutnya di media sosial.

"Sejujurnya saya mengaku, saya anak kepada ayah saya iaitu Sulaiman Yassin (Mat Over). Ramai yg DM dan mention saya tanya pasal ini, maaf saya bukan tak nak jawab.