PAPAR – Tujuh Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyerahkan memorandum kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) minggu depan bagi meminta skop siasatan terhadap pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah diperluaskan.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merangkap Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya mahu siasatan itu turut merangkumi asas dan implikasi penamatan model Rakan Pelaksana Projek (PDP) pada 2019 yang didakwa menjadi antara faktor penyumbang kepada kelewatan projek berkenaan."Namun, kita ingin menyarankan supaya skop siasatan PAC diperluaskan dengan merangkumi aspek asas serta implikasi penamatan PDP pada tahun 2019 yang amat penting untuk diteliti, termasuk isu berbangkit dan kesan daripada keputusan tersebut."Jadi, itulah yang ingin kita sarankan dan saya ingin memaklumkan bahawa Ahli Parlimen GRS akan menyerahkan memorandum rasmi kepada PAC minggu depan supaya skop siasatan itu diperluaskan," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis penutupan Program IP Spark anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengalat pada Ahad.Mengulas lanjut, Armizan berkata, terdapat empat faktor yang mendorong pihaknya mengemukakan saranan berkenaan, termasuk ketiadaan penjelasan terperinci mengenai penamatan PDP dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Bilangan 2/2026."Jika kita lihat LKAN Bilangan 2/2026, tidak terdapat kejelasan berkaitan isu penamatan PDP tersebut."Hakikatnya, jawapan rasmi Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat pada 2 Ogos 2022 dan terbaru pada 19 Oktober 2026 menyebut antara faktor kelewatan penyiapan Projek Pan Borneo Sabah Fasa 1B adalah disebabkan pembatalan model PDP," katanya.Sehubungan itu, beliau mempersoalkan asas keputusan kerajaan Persekutuan pada 22 September 2019 untuk menamatkan model PDP atas syor kerajaan negeri Sabah ketika itu, termasuk sama ada kajian terperinci telah dilakukan sebelum keputusan berkenaan dibuat."Rakyat perlu mengetahui apakah asas sebenar di sebalik keputusan penamatan PDP tersebut."Mereka berhak mengetahui faktor yang mendorong kerajaan Persekutuan ketika itu menerima syor kerajaan negeri untuk menamatkan model berkenaan," katanya.Dalam pada itu, Armizan turut membangkitkan kesan pertukaran kerajaan pada Mei 2018 yang didakwa menyebabkan ketidaktentuan status PDP dan kontraktor sehingga menjejaskan kemajuan pembinaan di lapangan selama lebih setahun."Apabila berlaku pertukaran kerajaan pada Mei 2018, timbul ketidaktentuan mengenai status PDP dan kontraktor."Dalam tempoh lebih setahun itu, kerja-kerja pembinaan di lapangan dilaporkan terbantut. Apabila kontraktor dilantik semula, kos pula meningkat akibat inflasi dan kemudiannya pandemik Covid-19," katanya.Beliau turut meminta PAC meneliti proses pelantikan semula kontraktor selepas penamatan PDP, termasuk kelewatan pelantikan bagi beberapa pakej projek sehingga tahun 2021."Kontraktor