BEREGU lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King mencipta kebangkitan bergaya untuk merangkul gelaran Masters Kumamoto 2026 selepas menewaskan pasangan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi di pentas final pada Ahad.Dalam aksi berlangsung di Kumamoto, Aaron-Roy King dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan pasangan tuan rumah itu menerusi kemenangan 16-21, 21-13, 21-15 dalam tempoh 55 minit.Kemenangan itu menyaksikan Aaron-Roy King meraih gelaran kedua sejak digandingkan, sekali gus meneruskan momentum positif selepas muncul juara Terbuka Artik pada Oktober lalu.Kejayaan itu turut membuktikan percaturan jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi atau lebih dikenali sebagai Naga Api semakin membuahkan hasil.Herry mula melakukan rombakan pasangan pada awal tahun ini apabila memisahkan Aaron daripada Kang Khai Xing, gandingan yang pernah menjulang gelaran juara dunia remaja 2024.Aaron kemudian diuji bersama Aaron Chia dan Soh Wooi Yik sebelum Herry membentuk kombinasi baharu bersama Roy King menjelang siri kejohanan Eropah pada Oktober lalu.Keputusan itu ternyata menjadi percaturan tepat apabila Aaron-Roy King menjuarai Terbuka Artik dalam penampilan sulung sebelum menambah koleksi kejuaraan di Kumamoto.Dua gelaran dalam tempoh kira-kira lima minggu kini menjadi petanda positif buat beregu baharu negara itu.