KLUANG: Sikap apati politik atau tidak ambil peduli, selain kekecewaan dikenal pasti antara faktor peratusan keluar mengundi dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP menurun dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Negeri Sembilan dan Melaka.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata keadaan itu turut membabitkan pengundi atas pagar yang sebelum ini pernah memberikan sokongan kepada PH, namun tidak keluar mengundi pada pilihan raya berkenaan.
"Ini memang ada beberapa faktor yang kita kenal pasti, antaranya sikap acuh tak acuh terhadap politik dan kemungkinan ada yang kecewa atau merasakan mereka tidak mempunyai alasan untuk keluar mengundi.
"Ia menjadi cabaran kepada kita untuk memberikan semula semangat kepada mereka dan meyakinkan bahawa kita masih pilihan terbaik.







