PETALING JAYA: Malaysia dan Kanada akan terus memperkukuh persahabatan demi manfaat serta kemakmuran kedua-dua negara terutama dalam aspek perdagangan dan pelaburan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut ditegaskan dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya Mark Carney semasa menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Manila Filipina.

Katanya, dalam pertemuan itu, beliau turut bertukar pandangan mengenai hubungan dua hala serta perkembangan serantau dan antarabangsa.

“Perbincangan turut menyentuh usaha memperluas kerjasama perdagangan dan pelaburan, khususnya dalam sektor tenaga, ekonomi digital dan teknologi.