PETALING JAYA: Masih belum pulih sepenuhnya akibat jangkitan kuman pada paru-paru, pelawak dan usahawan, Amir Raja Lawak, meminta orang ramai terus memberi sokongan terhadap perniagaan ayam gorengnya di Kota Bharu, Kelantan.
Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 37, berkata, dia berharap sokongan pelanggan dapat membantu memastikan perniagaannya di Medan Selera Stadium Kota Bharu itu terus beroperasi sekali gus membolehkannya membayar gaji pekerja seperti biasa.
“Assalamualaikum.Terima kasih yang mana mendoakan. Kepada yang ada di Kota Bharu, tolonglah singgah dan sokong kedai ayam goreng saya di Medan Selera Stadium Kota Bharu sebab kedai buka sahaja setiap hari.
“Kalau awak semua datang beli boleh selesaikan bayar gaji pekerja. Kedai tak boleh tutup, kalau kedai tutup gaji pekerja tak jalan. Kesian dekat pekerja nanti. Singgahlah beli ayam goreng.






