PETALING JAYA: Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dilantik semula sebagai Pro Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi tempoh lima tahun bermula 13 Disember 2026 hingga 12 Disember 2031.
Majlis Pelantikan tersebut disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor UniMap bersempena Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen 21 UniMAP di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra, Perlis semalam.
Pelantikan semula ini mencerminkan kesinambungan peranan dan komitmen Tuanku Lailatul Shahreen Akashah dalam menyokong kepimpinan serta kecemerlangan UniMAP, khususnya dalam memperkukuh pembangunan akademik, penyelidikan dan reputasi universiti.






