NEW ORLEANS: Pihak pengurusan Pelabuhan New Orleans memfailkan saman terhadap pemilik dan pengendali sebuah kapal tangki yang merempuh sebuah kapal persiaran yang sedang berlabuh di sini pada Jumaat lalu.
Menurut dokumen mahkamah, pihak pelabuhan mendakwa kapal tangki terbabit bertanggungjawab sepenuhnya atas perlanggaran tersebut yang memaksa lebih 100 penumpang diselamatkan dari Sungai Mississippi selain mengakibatkan kerosakan bernilai lebih AS$1 juta (RM4.08 juta).
Insiden cemas itu menyebabkan seramai 32 penumpang kapal persiaran berkenaan dikejarkan ke hospital akibat kecederaan tidak kritikal, manakala kesemua mangsa yang lain berjaya diselamatkan, sekali gus disifatkan pihak berkuasa sebagai ‘keajaiban di Sungai Mississippi’.





%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FUntitled-2_992508.png&w=480&output=webp&q=85&we)
