Subang Jaya: Sebuah surau yang menjalankan aktiviti solat Jumaat tanpa kebenaran di Kampung Baru Subang, di sini, diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Serbuan dijalankan jam 2.15 petang, kelmarin, susulan maklumat dan risikan yang dijalankan sejak dua minggu sebelum itu.

JIM Selangor dalam kenyataannya hari ini memaklumkan sebahagian pegawai penguat kuasa dari pelbagai agensi memantau surau itu sejak jam 12 tengah hari sebelum serbuan dibuat.

Katanya, pegawai dan anggota JIM, JAIS, polis dan Majlis Bandaraya Shah Alam menyerbu lokasi berkenaan pada jam 2.30 petang selepas menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran.