SUBANG JAYA: Jabatan Imigresen Selangor bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah surau yang menjalankan aktiviti solat Jumaat tanpa kebenaran di Kampung Baru Subang, di sini, kelmarin.
Serbuan dijalankan jam 2.15 petang, susulan maklumat dan risikan dijalankan dua minggu lalu.
Jabatan Imigresen Selangor memaklumkan, sebahagian pegawai penguat kuasa dari pelbagai agensi penguatkuasaan yang bukan beragama Islam, memantau dan mengepung surau itu sejak jam 12 tengah hari sebelum serbuan dibuat.
Selain Imigresen dan JAIS, turut terbabit dalam serbuan ialah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).








