MANILA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri majlis perasmian Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina (PICC) di sini, hari ini.

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, disambut Presiden Ferdinand R Marcos Jr selaku Pengerusi ASEAN.

Pelbagai isu termasuk krisis Myanmar serta ketegangan di Laut China Selatan dijangka menjadi antara agenda utama pemimpin negara anggota.

Delegasi pemimpin negara anggota termasuk Anwar dibawa menaiki kenderaan elektrik khas tempatan atau E-Trike untuk memasuki dewan utama PICC.