KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengumumkan senarai penuh 82 calon yang bakal mewakili gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, pada 25 November ini.

Pengerusinya yang juga Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, pengumuman itu akan merangkumi semua calon daripada empat parti komponen GPS.

"Kita tahu semua pihak menunggu pengumuman rasmi itu dan kita akan berkongsi dengan semua pada 25 November," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Selatan, di sini, hari ini.

Konvensyen berkenaan yang terakhir dianjurkan PBB selepas siri perhimpunan membabitkan zon Utara dan Tengah sebelum ini.