Putrajaya: CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) menawarkan hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM20 juta menerusi kempen Mega Gegar 20 Juta sebagai sebahagian daripada usaha menghargai sokongan dan kepercayaan 20 juta pelanggannya.

Ketua Penjenamaan dan Perkhidmatan Pemasaran CelcomDigi, Chan May Ling berkata, kempen itu mencerminkan komitmen syarikat untuk terus menghargai pelanggan menerusi pelbagai ganjaran dan pengalaman bermakna.

Beliau berkata, sambutan menggalakkan daripada pelanggan di seluruh negara mendorong syarikat menyediakan pelbagai hadiah menerusi kempen berkenaan yang dilancarkan sejak Julai lalu.

Menerusi kempen itu, seramai 37 pemenang diraikan pada acara kemuncak Mega Gegar 20 Juta yang berlangsung di IOI City Mall, di sini, baru-baru ini.