SANDAKAN: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyalurkan bayaran faedah berjumlah RM20.23 juta menerusi Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) kepada pencarum dan waris setakat 31 Oktober lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata jumlah itu membabitkan 12,582 pencarum serta waris yang layak menerima pelbagai faedah gantian pendapatan daripada LINDUNG 24 Jam bagi memastikan kelangsungan sosioekonomi ketika ditimpa musibah.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 373 penerima adalah dari Sabah dengan faedah dibayar melebihi RM481,000.

"LINDUNG 24 Jam membuktikan skim itu bertindak sebagai perlindungan bagi memastikan pekerja dan keluarga mereka mendapat sokongan kewangan jika berlaku kemalangan.