MELAKA: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menyatakan kesediaan dan komitmen untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis berhubung siasatan ucapannya yang dikaitkan dengan sentimen perkauman ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Politiknya, Mohd Syahir Che Sulaiman, yang mengesahkan kes terbaharu ini adalah siasatan kali ketiga membabitkan Ahli Parlimen Marang itu sejak September lalu.

Mohd Syahir berkata, polis sudah menghubungi Abdul Hadi pada hari pengundian PRN Melaka semalam, bagi mendapatkan keterangan berhubung isu yang dibangkitkan menerusi laporan sebuah portal pada Jumaat lalu.

"Beliau sentiasa memberi kerjasama baik untuk polis. Suatu tarikh akan ditetapkan dalam tempoh terdekat untuk Tuan Guru memberi keterangan kepada polis Melaka.