Sintok: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah memperkenan pembinaan Muzium Kedah Tua bagi mengumpulkan artifak dan maklumat lengkap berkaitan kemajuan tamadun lama itu.

Sultan Sallehuddin bertitah, pembinaan muzium berkenaan akan dilaksanakan pihak pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan membabitkan dana RM15 juta yang masih dikumpulkan ketika ini.

Baginda bertitah, khazanah Kedah Tua mencerminkan identiti kegemilangan negeri ini yang perlu diwariskan kepada generasi akan datang supaya ia tidak lenyap tanpa dokumentasi lengkap dan teratur.

"Bumi Kedah Darul Aman mempunyai sejarah jauh lebih tua daripada institusi yang kita bina pada hari ini. Berabad lamanya manusia datang ke bumi ini membawa barang dagangan, kepercayaan, bahasa, pemikiran dan budaya.