PORT DICKSON: Seorang peserta program Himpunan 125ZR Members 2.0 maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 5.7, Jalan Pantai, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Ahmad Afiq Mohd Adnan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan maut membabitkan sebuah kereta dan motosikal kira-kira pukul 4.30 awal pagi tadi.
Menurutnya , siasatan awal mendapati dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, kereta yang dipandu oleh wanita tempatan berusia 29 tahun sedang bergerak dari arah Batu 4, Jalan Pantai menghala ke Taman Intan Duyung, di sini.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba motosikal yang ditunggang oleh mangsa, lelaki berusia 28 tahun yang berasal dari Petaling Jaya itu hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.






