SERI KEMBANGAN - Malaysia dan China perlu memperluas kerjasama ekonomi melangkaui perdagangan dan pelaburan tradisional dengan memberikan penekanan lebih besar kepada inovasi, kerjasama industri serta pembangunan bakat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, kedua-dua negara mempunyai ekonomi yang saling melengkapi dan berpotensi besar untuk memperdalam kerjasama dalam bidang yang mampu menjana nilai lebih besar kepada sektor perniagaan dan masyarakat kedua-dua negara."Kerjasama kita melangkaui perdagangan dan pelaburan tradisional."Kita perlu terus bekerjasama dalam meneroka inovasi, memperkukuh kerjasama industri, membangunkan bakat serta mewujudkan nilai lebih besar kepada sektor perniagaan dan rakyat," katanya menerusi ucaptama dalam rakaman video sempena Persidangan Usahawan Malaysia-China Ke-16 anjuran Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) di sini pada Khamis.Anwar turut mengucapkan tahniah kepada MCCC atas penganjuran persidangan itu yang disifatkannya sebagai platform penting untuk memperkukuh hubungan perniagaan, meningkatkan persefahaman serta membuka peluang baharu antara kedua-dua negara.Beliau berkata, persidangan itu juga berpotensi menjadi pemangkin kepada cetusan idea baharu dan mempererat hubungan antara komuniti perniagaan Malaysia dan China."Semoga persidangan ini membuka peluang baharu, mencetuskan idea segar dan merapatkan lagi hubungan antara komuniti perniagaan kita," katanya.Anwar turut menyeru supaya usaha berterusan dipergiat bagi memperkukuh persahabatan antara Malaysia dengan China serta membina masa depan yang lebih cerah untuk kedua-dua negara. - Bernama
Malaysia-China perlu perluas kerjasama melangkau perdagangan, pelaburan - Anwar

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru Malaysia dan China memperluas kerjasama ekonomi melebihi perdagangan tradisional, menekankan inovasi, kerjasama industri dan pembangunan bakat.
- Anwar menegaskan potensi ekonomi saling melengkapi kedua negara.
- Ia menyeru penekanan kepada inovasi dan pembangunan bakat.
- Persidangan Usahawan Malaysia-China Ke-16 dipandang sebagai platform penting memperkukuh hubungan perniagaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia IPTS, NGO jalin Kerjasama perluas akses TVET
- Utusan Malaysia Malaysia-Turkiye perluas kerjasama strategi
- Sinar Harian Malaysia-China perlu perluas kerjasama melangkau perdagangan, pelaburan - Anwar (this story)









