SHAH ALAM - Parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dijangka menggunakan pelbagai strategi atau 'senjata rahsia' pada saat akhir kempen bagi meraih sokongan terutamanya dalam kalangan pengundi atas pagar dan golongan muda.Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr Syahruddin Awang Ahmad berkata, tempoh tiga hingga empat hari terakhir sebelum hari pengundian merupakan fasa penting kerana pengundi masih belum membuat keputusan bagi menentukan pilihan masing-masing.Menurutnya, Barisan Nasional (BN) berkemungkinan menggunakan tawaran pembangunan sosioekonomi tempatan dan jaminan kestabilan pentadbiran negeri sebagai strategi utama, mengambil kira kedudukannya sebagai kerajaan penyandang.Bagi Perikatan Nasional (PN) pula kata beliau, parti itu dijangka memanfaatkan isu salah guna kuasa dan kelemahan tadbir urus pihak lawan, selain memperhebat kempen menerusi media sosial seperti TikTok untuk menarik sokongan pengundi muda."Pakatan Harapan (PH) pula boleh menggunakan naratif penstrukturan semula dasar kebajikan dan perpaduan sebagai modal penting untuk mempengaruhi pengundi di kawasan bandar serta kawasan campuran."Bagaimanapun, keberkesanan strategi kejutan seperti ini bergantung kepada kecekapan jentera parti memanfaatkannya tanpa mencetuskan reaksi balas negatif atau persepsi yang boleh memakan diri," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Mengulas kesan strategi berkenaan terhadap pengundi, Syahruddin berkata, keberkesanannya bergantung kepada faktor demografi serta kecenderungan pengundi terhadap calon yang dilihat benar-benar layak untuk dipilih.Jelasnya, pengundi tegar lazimnya sukar mengubah pendirian politik mereka meskipun berdepan pelbagai kejutan atau tawaran pada saat akhir kempen.Bagaimanapun, katanya, strategi tersebut berpotensi mempengaruhi keputusan antara 15 hingga 20 peratus pengundi atas pagar dan golongan muda, terutama jika mesej yang dibawa menyentuh secara langsung isu kos sara hidup, peluang pekerjaan serta integriti."Strategi ini juga berupaya menggerakkan pengundi yang berada di luar kawasan untuk pulang mengundi sekiranya isu yang diketengahkan berjaya mewujudkan rasa keutamaan dan tanggungjawab dalam kalangan mereka," katanya.Dalam pada itu, Syahruddin berpandangan BN ketika ini mempunyai kedudukan agak selesa berikutan kelebihan jentera perkhidmatan, rekod pentadbiran tempatan serta sokongan tradisi di kawasan luar bandar.Bagaimanapun, katanya, PH masih mempunyai kelebihan di kawasan bandar dan kawasan campuran, manakala PN pula mampu memberikan saingan menerusi kekuatan naratif kempen di kawasan pinggir bandar serta dalam kalangan pengundi generasi muda.Sementara itu, pandangan sama turut dikongsi seorang lagi penganalisis politik dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi.Menurut beliau, BN boleh memanfaatkan pengalaman mentadbir negeri, jaringan akar umbi dan hubungan dengan pengundi luar bandar untuk meyakinkan rakyat mengenai kep