SERDANG: Malaysia dan China perlu memperluas kerjasama ekonomi melangkaui bidang perdagangan serta pelaburan tradisional dengan memberi penekanan kepada inovasi, kerjasama industri dan pembangunan bakat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kedua-dua negara mempunyai ekonomi yang saling melengkapi selain potensi besar untuk meneroka lebih banyak peluang kerjasama.
Beliau berkata, hubungan Malaysia-China yang sekian lama terjalin perlu terus diperkukuh menerusi kerjasama lebih menyeluruh bagi membuka ruang kepada penciptaan nilai lebih besar kepada komuniti perniagaan dan rakyat kedua-dua negara.
"Perkongsian kita melangkaui perdagangan dan pelaburan tradisional. Kita perlu terus bekerjasama untuk menerima pakai inovasi, memperkukuh kerjasama industri, membangunkan bakat dan mewujudkan nilai lebih besar kepada perniagaan serta rakyat," katanya.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F02%2Ffe6d996068697bfdf9f93c86847e5b88.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)