BUKIT MERTAJAM: Platform e-dagang asing yang gagal mematuhi undang-undang Malaysia akan dikenakan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan persaingan adil dengan usahawan tempatan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong, berkata kementeriannya melaksanakan strategi 3E merangkumi penguatkuasaan (enforcement), pemerkasaan (empowerment) serta penggubalan dasar dan perundangan (enactment of policies and legislation) bagi menangani persaingan daripada platform asing.
Beliau berkata, kerajaan mahu memastikan semua pemain industri, termasuk platform e-dagang luar negara, tertakluk kepada peraturan sama seperti yang perlu dipatuhi usahawan tempatan.
"Kita mahu mewujudkan persaingan yang adil. Apa yang dikenakan kepada usahawan Malaysia, platform e-dagang asing juga perlu mematuhinya.









