MELAKA: 'Gelombang biru' yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam, turut mendapat sokongan pengundi muda.
Keadaan itu dikesan di saluran enam dan tujuh yang melihat kerjasama BN bersama Perikatan Nasional (PN) sebagai pendekatan progresif untuk membawa masa depan lebih baik.
Pengerusi MCA Melaka, Datuk Lim Ban Hong, berkata tiga perkara utama menjadi fokus golongan itu iaitu peluang pekerjaan berkualiti dengan pendapatan tinggi, rumah mampu milik serta akses kepada pendidikan berkualiti.
Katanya, perkara itu turut dibangkitkan golongan belia ketika Himpunan Anak Muda, termasuk keperluan mendapatkan pendidikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta peluang latihan semula dan peningkatan kemahiran.









