KUALA LUMPUR: Selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Angkatan Muda Keadilan (AMK) mahu Datuk Armand Azha Abu Hanifah menjelaskan secara terperinci mengenai dana RM50 juta diperoleh UMNO untuk membayar denda yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata, Armand Azha perlu berani untuk berbuat demikian walaupun kemungkinan besar akan lebih ‘kepanasan’ untuk menjelaskan mengenai sumber mana yang diperoleh untuk menyediakan dana tersebut untuk membolehkan Najib Razak mendapat tahanan rumah.
“Kami mendapat maklumat bahawa banyak pihak yang menderma untuk dana berkenaan sedang berada dalam kerisauan dan kegelisahan sekiranya Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan audit.







