KLUANG - Cadangan UMNO berhubung langkah menangani kemelut hubungan DAP dan Barisan Nasional (BN) juga perlu terpakai kepada parti itu sendiri.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, sebarang perbincangan mengenai perjanjian gabungan perlu membabitkan Pakatan Harapan (PH) dan BN kerana perjanjian berkenaan dimeterai antara kedua-dua gabungan."Yang pertama saya nak tegaskan juga bahawa perjanjian gabungan itu adalah antara gabungan. Jadi, kalau ada apa-apa perbincangan dan sebagainya, itu antara PH dengan BN."BN pun, seperti yang saya katakan, menyatakan banyak ketidakpuasan hatinya melalui media. Banyak pemimpin BN, pemimpin UMNO sendiri yang mengkritik termasuk mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen Tahunan DAP Johor.Sebelum itu pada Jumaat, UMNO mengemukakan empat pilihan bagi menangani kemelut hubungan dengan DAP, susulan perbezaan pendirian pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata empat pilihan berkenaan ialah pembubaran Dewan Rakyat, mendapatkan pengantara menerusi majlis perundingan, membenarkan aturan sedia ada diteruskan atau mengkaji semula Perenggan C Perjanjian Gabungan.Dalam pada itu, Anthony menggesa agar Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) membawa empat cadangan itu kepada kepimpinan BN untuk dibincangkan."Apa yang beliau cadangkan kepada kita, patutnya cadang kepada parti beliau juga. Beliau juga patut membawanya kepada meja rundingan antara BN dengan PH."Jadi, kalau Datuk Seri Azalina memberikan cadangan tersebut, saya rasa cadangan itu terpakai kepada parti beliau sendiri," katanya.Pada 16 Disember 2022,Lima gabungan parti utama mencipta sejarah apabila menandatangani perjanjian persefahaman untuk membentuk Kerajaan Gabungan yang dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan Malaysia.Menurut dokumen itu, ia ditandatangani oleh pimpinan kanan dari Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, dan Parti Warisan.Sementara itu, dua lagi parti politik, iaitu Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), serta calon-calon Bebas lain akan bersama-sama membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia
Cadangan UMNO tangani kemelut DAP-BN turut terpakai kepada BN - Anthony Loke

Key takeaways
Anthony Loke menyatakan cadangan UMNO untuk menangani hubungan DAP dan BN perlu dibincangkan oleh BN sendiri.
- Anthony Loke menegaskan perjanjian gabungan adalah antara PH dan BN.
- UMNO mengemukakan empat pilihan untuk menangani kemelut hubungan dengan DAP.
- Anthony Loke menggesa Azalina membawa cadangan itu kepada kepimpinan BN.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today DAP, PH were once desperate for Umno, BN’s support, Kian Ming recalls
- Free Malaysia Today DAP, PH pernah terdesak mahu sokongan Umno, BN, kata Kian Ming
- Sinar Harian Cadangan UMNO tangani kemelut DAP-BN turut terpakai kepada BN - Anthony Loke (this story)







