Jurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil berkata keputusan dicapai selepas Jemaah Menteri menerima memorandum daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Jemaah Menteri bersetuju meluluskan pindaan perintah bagi membolehkan kuasa perundangan persekutuan dalam bidang alam sekitar diserahkan kepada Sarawak.
Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata keputusan dicapai selepas Jemaah Menteri menerima memorandum daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berhubung pindaan perintah kuasa perundangan bagi negeri itu.
Katanya, perintah itu kini sudah mendapat kelulusan Jabatan Peguam Negara dan akan diangkat untuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.








