Dubai: Rory McIlroy menahan sebak selepas mengesahkan gelaran Race to Dubai buat kali kelapan, semalam, untuk menyamai rekod kejohanan itu selepas menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Tyrrell Hatton pada Kejohanan DP World Tour, sekali gus mengatasi pencabar dari Sepanyol, Eugenio Chacarra.

McIlroy mendedikasikan kejayaan itu kepada bapanya, Gerry yang menjalani pembedahan pemindahan kedua-dua paru-paru pada penghujung September lalu dan masih dirawat di sebuah hospital di Cleveland.

"Bapa saya memainkan peranan besar dalam kehidupan saya dan sentiasa menjadi penyokong terbesar saya," kata pemain dari Ireland Utara itu yang menyamai rekod milik pemain Scotland, Colin Montgomerie selepas mengharungi pusingan terakhir yang mendebarkan pada kejohanan penutup musim bernilai AS$10 juta (RM40.8 juta).