Kuala Lumpur: Kemenangan besar gabungan Perikatan Nasional-Barisan Nasional (PN-BN) meraih 24 daripada 28 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, disifatkan sebagai referendum rakyat yang mahukan perubahan kepimpinan serta hala tuju negara.
Presiden Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata keputusan itu membuktikan 'Gelombang Biru' terus membadai dan membawa mesej politik cukup jelas penolakan rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH) dan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, kekalahan PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) di semua kerusi ditandingi bukan kebetulan politik, sebaliknya mencerminkan pola penolakan pengundi yang semakin nyata.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FBemban14_808844.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)