Kuala Selangor: Tuan rumah SMK Pengkalan Permatang (PPHT) A dan SMK Seksyen Sebelas (SSN Selangor) A dinobatkan juara Kategori Cup bagi acara lelaki dan perempuan dalam Kejohanan Hoki SMePP Challenge 9s (Piala Pengetua) Sekolah Menengah Bawah 16 Tahun Peringkat Kebangsaan 2026 hujung minggu ini.

Kejohanan selama tiga hari anjuran sekolah berkenaan yang memasuki edisi kedua itu menghimpunkan 31 pasukan dari seluruh negara, iaitu 16 pasukan lelaki dan 15 pasukan perempuan, yang bersaing dalam Kategori Cup dan Plate.

Dalam Kategori Cup lelaki, PPHT A muncul juara manakala PPHT B menduduki tempat naib johan. SMK Seri Titiwangsa (KLSS) C menduduki tempat ketiga, diikuti SMK Syed Hassan (SSN Perlis) di tempat keempat.