PETALING JAYA – Kuching City FC sekali lagi bakal berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam pentas final apabila menyingkirkan Selangor FC menerusi kemenangan 3-2 secara agregat pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Taha Ariffin, sebentar tadi.

Selepas tewas 1-2 dalam aksi pertama, The Cats bangkit menyamakan kedudukan agregat menerusi sepakan penalti Safawi Rasid pada minit ke-57 selepas pengadil meneliti Video Bantuan Pengadil (VAR).

Kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan sepanjang baki permainan dengan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan.

Nasib malang menimpa Gergasi Merah apabila sendiri Mukhairi Ajmal pada minit ke-118 menghadiahkan tiket final buat Kuching City.