JIKA diplomasi haiwan menjadi amalan biasa, adakah wujud risiko menjadikan haiwan sebagai "mata wang diplomatik" antara negara?
Persoalan itu menarik untuk diteliti ketika hubungan China dan Amerika Syarikat (AS) terus dibayangi ketegangan dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan, teknologi, keselamatan dan geopolitik.
Perang perdagangan antara dua kuasa ekonomi dunia itu menyaksikan kedua-dua negara saling mengenakan tarif terhadap barangan import, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan ekonomi global.
Namun, di sebalik persaingan dan perbezaan kepentingan itu, masih terdapat ruang untuk membina hubungan melalui pendekatan yang lebih lembut, termasuk penggunaan simbol budaya dan haiwan dalam diplomasi.








