KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Pemakanan, perlombongan mata wang kripto haram, dan peluasan infrastruktur stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) ialah antara isu akan dibincangkan pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Rodziah Ismail (PH-Ampang) pada sesi soal jawab lisan meminta Menteri Kesihatan menyatakan garis masa RUU itu bakal digubal bagi mengawal pengambilan nutrisi rakyat.

Beliau juga mahu mengetahui perincian objektif, skop utama cakupan, kos keseluruhan dan mekanisme bagi memastikan pembabitan pakar kesihatan, pemain industri, badan bukan kerajaan, masyarakat serta pihak berkepentingan lain dalam proses penggubalan dan pelaksanaan RUU itu.