MALAM yang sepatutnya menjadi detik penghormatan buat legenda bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo yang mengambil keputusan untuk bersara dari pentas antarabanga bertukar menjadi mimpi ngeri apabila skuad kebangsaan itu dibelasah Denmark 1-4 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA di Braga.Kekalahan besar itu mencetuskan pelbagai reaksi media antarabangsa yang menyifatkan keputusan berkenaan sebagai satu penghinaan terhadap majlis penghormatan buat pemain berusia 41 tahun tersebut.Ronaldo yang tidak beraksi pada perlawanan itu tetap menjadi tumpuan apabila semua pemain Portugal turun ke padang dengan memakai jersi tertera namanya serta nombor tujuh sebagai tanda penghargaan.Penyokong tuan rumah turut membentangkan kain rentang bertulis 'terima kasih, kapten' bagi menghargai sumbangan besar Ronaldo sepanjang 23 tahun bersama skuad kebangsaan.Namun, suasana penuh emosi itu bertukar suram apabila Portugal gagal memberikan persembahan yang diharapkan sebelum Denmark mengambil kesempatan untuk melakar kemenangan besar.Media Sepanyol, AS antara yang lantang mengkritik situasi berkenaan menerusi tajuk 'Cristiano tidak layak menerima layanan sebegini', manakala Marca menyifatkan Denmark sebagai pasukan sebenar yang mencuri tumpuan pada malam penghormatan tersebut.Akhbar sukan Sepanyol, Sport pula menyifatkan kekalahan itu sebagai 'Portugal dihina ketika majlis penghormatan buat Cristiano', manakala La Gazzetta dello Sport dari Itali menyorot kelemahan Portugal tanpa kelibat kapten berpengalaman itu.Akhbar Perancis, L'Equipe pula merumuskan kekalahan itu sebagai permulaan era baharu yang mengecewakan buat Portugal manakala media Britain termasuk BBC Sport dan The Guardian turut menyifatkan keputusan berkenaan sebagai satu penghinaan kepada skuad kendalian Jorge Jesus.Di Portugal, akhbar O Jogo menyifatkan malam berkenaan sebagai mimpi ngeri, sementara A Bola mempersoalkan kegagalan pasukan itu menerusi tajuk 'Apa yang berlaku, Portugal?'.Reaksi turut membanjiri media sosial apabila kempen mempertahankan Ronaldo muncul dengan slogan 'Never disrespect Cristiano Ronaldo' (Jangan sesekali tidak menghormati Cristiano Ronaldo).Kekalahan itu menyaksikan Rasmus Hojlund meledak dua gol, manakala Pierre-Emile Hojbjerg dan Joachim Andersen masing-masing menyumbang satu jaringan buat Denmark. Bernardo Silva menjaringkan gol sagu hati Portugal.
Malam penghormatan Ronaldo bertukar mimpi ngeri

Key takeaways
Malam penghormatan kepada Cristiano Ronaldo bertukar menjadi kekalahan besar bagi Portugal 1-4 daripada Denmark dalam Liga Negara-Negara UEFA.
- Ronaldo tidak bermain dalam perlawanan tersebut tetapi masih menjadi tumpuan.
- Pemain Portugal memakai jersi dengan namanya dan nombor tujuh sebagai tanda penghargaan.
- Kekalahan itu mendapat kritikan daripada media antarabangsa sebagai penghinaan terhadap Ronaldo.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Malam penghormatan Ronaldo bertukar mimpi ngeri (this story)







