SIRI serangan siber global kebelakangan ini yang menjejaskan operasi perkhidmatan penting membuktikan ancaman digital semakin kompleks dan mampu memberi kesan langsung kepada kehidupan masyarakat.

Perkembangan itu menuntut Malaysia memperkukuh pertahanan siber menerusi pembangunan bakat tempatan, penambahbaikan sistem legasi serta pengurusan risiko pihak ketiga.

Ikuti pandangan Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Dr Megat Zuhairy Megat Tajuddin dan Ketua Kumpulan Penyelidikan Jaminan Maklumat dan Keselamatan (IASRG), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Siti Hajar Othman mengenai tahap kesiapsiagaan Malaysia, kelemahan pertahanan siber serta langkah perlu diambil bagi menghadapi ancaman masa hadapan.